Monday, July 19, 2010

Kenangan Itu.......

Boringnye hari ni kat office.. Kerja da siap da..pagi2 lagi saya da siapkan kerja2 yg ada..
ape lagi nk buat ek?hurmmm..*sambil merenung pintu*
Tiba-tiba saya teringat kat rakan seperjuangan..Seperjuangan means rakan-rakan yg sama-sama mencatat pelbagai kenangan suka dan duka..Lebih-lebih lagi sewaktu zaman kampus UiTM Segamat..Ungku Azizah, and Puteri Mansor, Aqilah Hairon Nahar dan lain-lain..Kenangan yg haram dilupakan..=D
Ingat lagi mase zaman kegemilangan kat Cube..haha..Ladies night je mesti nk pergi..Hahaha..Lepas tu kua g Segamat yang tak ada apape tu sesama..Even Segamat sangat2 membosankan tapi dengan kehadiran dua ekor orang utan ni, bosan pun jadi xbosan..
Zaman Kegemilangan The Cube, Melaka

Favorite spot kami ialah di Old Taste, Segamat Town and Kedai RM2..haha..Kalau boleh segala benda nk beli kat Kedai RM2 tu..Then kami sangat suka ke Melaka apabila tibanya weekend..Tah ape tarikan Melaka tu..Kami macam addict nak ke sane..Hehehe..Sebab ade Kak Mira kot..
My Sister, Kak Mira Luff

Kami suka beriang ria bersama-sama..Contohnya pergi ke kotak bermusik di Nirwana untuk menyanyi (jerit2 dengan nada suara sumbang)..Comel sungguh kenangan itu..Lepas tu, kami juga suka ke McD (fav spot budak2 UiTM) dan parking kereta (sewa) di luar McD lalu kereta kami menjadi Jamban Burung..Nice kan..
Burung2 di Segamat sangat gemar buang air besar di kereta orang..Haha..
Terlalu Gembira
Bila tiba je masa nk Graduate, gembira sakan sebab da x duduk Segamat lagi..TAPI..Sedih yg terlampau sebab terpaksa berpisah dengan dua ekor budak sengal ni..Sekarang da susah nak jumpa..UNGKU AZIZAH da jadi pekerja cemerlang kat Putrajaya, PUTERI MANSOR pulak da jadi pelajar cemerlang kat UiTM Shah Alam..Saya lak tersesat kat Melaka tak jumpa jalan balik..=D

Sunday, July 18, 2010

Untuk Yang Sedang Bercinta

Di dalam dunia ini, semua perkara yang kita lakukan haruslah mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan. Begitu juga di  alam percintaan. Semua pasangan perlu mengikut peraturan-peraturan tertentu agar perhubungan yang terjalin tidak dipandang serong oleh segelintir masyarakat.

Dengan peraturan itu juga, kamu sebenarnya mampu mengecapi kebahagiaan. Apa yang penting, kamu dan pasangan sentiasa ikhlas ketika menjalinkan perhubungan dan tahu batas-batasnya.

Jika masih ada pasangan yang belum mengerti, apa kata kamu ikuti beberapa tip di bawah tentang perkara-perkara yang wajib kamu lakukan ketika bercinta bagi memastikan percintaan yang terjalin akan berakhir dengan kebahagiaan.


1. Sayangi dengan hati bukan perasaan
Jika kamu meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya pasti tidak akan bertahan lama. Ini kerana perasaan manusia tidak pernah mampu bertahan lama dan sentiasa berubah mengikut keadaan, masa dan situasi. Sebab itu, sebagai jalan terbaik, kamu mesti menyayangi si dia dengan ikhlas dan sepenuh hati.


2. Terima seadanya
Kamu harus akur tiada seorang pun di dunia ini yang sempurna segala-galanya. Oleh sebab itu, kamu harus menerima si dia seadanya dan terima segala kekurangan serta kelemahannya.



3. Hargai pengorbanannya
Si dia tentu telah banyak berkorban demi mempertahankan percintaan yang terjalin. Oleh sebab itu, kamu perlu menghargai segala pengorbanannya dan jangan sekali-kali pernah terfikir untuk mempermainkan hati dan perasaannya.
Jika kamu bijak menghargai segala pengorbanan yang telah dilakukannya, tidak mustahil si dia sanggup melakukan apa sahaja untuk kamu demi untuk melihat kamu tersenyum setiap hari.



4. Sayanginya setiap hari
Usah sesekali kamu berjanji untuk mencintai dan menyayangi si dia buat selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi kamu mungkin akan berakhir keesokan harinya.

Cubalah berjanji untuk menyayangi dirinya setiap hari dan cuba jadikan setiap hari itu adalah hari terakhir untuk kamu berdua. Cuba lakukannya dan pastinya kehidupan intim kamu dan pasangan akan berubah ceria. Ini kerana setiap hari kamu akan saling menyayangi antara satu sama lain.



5. Sentiasa bersyukur
Walaupun lelaki memiliki sifat tidak pernah puas, namun berdasarkan kajian yang dilakukan, wanita lebih sukar untuk dipuaskan di dalam apa jua aspek.



*Jadi Saya Mengucapkan Selamat Mencuba Kepada Anda Semua!



Wednesday, July 14, 2010

Help Me! I'm Addicted!!

Tak tahulah kenapa sejak kebelakangan ni saya telah menjadi addict.. sehari xdapat boleh menggigil..sob..sob..sedihnye..ade satu hari tu..sedang saya asyik khusyuk melipat baju kat umah bf saya(umah family,harap maklum).. saya tetibe teringat kat bende tu..mcm nk nangis saya menahan..sampai menggigil..dahsyat.. saya pn suarakan hasrat saya kat bf saya..dia ckp nnt mlm..saya ade rasa suka ckit.. tp still menggigil sambil menggagahkan diri melipat baju sampai abis..

jam da pukul 8 mlm..saya ajak bf saya keluar..dia pn siap2 pastu kami menuju ke satu tempat..
SECRET RECIPE!saya pun order..OREO MILKSHAKE..nyum2~! puasnye hati..thanx to my beloved bf..muah..

disebabkan KECINTAAN saya dan KETAGIHAN saya terhadap OREO MILKSHAKE tu..saya pn belajar la cara2 membuatnya di rumah..kata omputih DIY..

Bahan-bahan: biskut oreo,full cream milk, vanilla ice-cream, choc syrup.
cara-cara: masukkn 3 scoop ice-cream,3 ketul biskut oreo, dan susu secukup rasa (xyah byk sgt) dan choc syrup utk menambah perasa..lepas tu, blend.dan DAH PUN SIAP..letak dalam gelas yg tinggi..masukkn seketul bisku oreo sbg hiasan..minum sepenuh hati..fuh!


ni la hasilnya..try n do it yourself..takkan menyesal!
SELAMAT MENJADI PENAGIH OREO MILKSHAKE!


walk walk..


lokasi yang di tuju kali ni ialah BANDUNG dan JAKARTA..
yessss..mmg best.. BANDUNG mmg terbaik..
shopping dan shopping tanpa henti..
macam marathon..
mmg sesuai la dg n penshopping tegar mcm aku ni..

kata mama, aku kalau shopping mcm kene sawan..haha..
bf kesayangan aku pn ckp bende yg sama..
jeles la tu dgn bakat yg aku ade..

bayangkanlah..
pergi sane bawa 1 je beg..
hand luggage lak tu..
blk sini. total 4 beg..
jeng jeng jeng..

tp ok la kan aku blikan mcm2 utk family aku n family mertua..
kuikui~
ok la baik tgk gmbr dan bayangkan keseronokannya!

ni kat tangkuban parahu..
ade history die tempat ni..
pasal sang kuriang..*comel sungguh nama dia*

ni pulak saya berposing toko 3, bandung juga..
nmpk tak mamat blkg tu?
tu tourist guide ktowg..
udahlah ganteng, pandai bercanda lagi..
=D

lagi tangkuban parahu..
*pose tiang*
tgk2..nice kan..haha..
NARKOBA

ni scenery kat JAKARTA..
sesak..
ade tut tut..
kat msia xde..so mcm jakun sikit la kan..


Sunday, July 11, 2010

first day!

this is my first day blogging..
sorry lah kalau nampak mcm bodoh2 je blog saya ni.. maklumlah first time.. hehe.. ni semua kerana terpengaruh dengan si kuper la ni.. macam best pulak tengok dia hari2 menatap wajah lappy dia.. khusyuk je..
so dengan bersemangatnya saya pun nk cuba try test lah kan.. as my new hobby.. besides duduk kat office ni pn kadang2 xde ape nk buat.. baik layan blog.. at least ade jg kerja nk buat.. =)..
SALAM PERKENALAN..